ahlan wa sahlann

saya budak (budak la sgt..he3..) sdg belajar2, semestiny ada byk salah, jd tolong ler tunjukkan....

blogku buku catatanku.......

sudi2 ler nasihat, tegur n komen yerr...hehe




Tuesday, March 13, 2012

Sujudologi...

Dua bentuk sujud:

1-sujud fizikal --> ketika bersolat.

2-sujud spiritual --> ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya.

Antara hikmah sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:


1- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


2- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3- melegakan sakit hernia.

4- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- meringankan bahagian pelvis.

9- memberi dorongan supaya mudah tidur.

10- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13- mengurangkan kegemukan.

14- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

15- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sumbernya sila klik dan bole ler dianggap sbg sambungan dr n3 yang ni --> KhaSIaT TEngKOrAk LeTak kT LaNTai…huhu

Sekian wassalam…J

2 comments:

Mazru Majid said...

Assalamualaikum hayatii...

Alhamdulillah..tiap perintah Nya pasti utk kebaikan hambaNya.

Ada satu info yg koi pernah dengar mengenai satu bahagian pada otak manusia itu ada satu tempat yang darah memang tak akan sampai ke situ melainkan kita sujud..kajian ni org putih yg buat.

untuk sujud dan darah sampai ke tempt itu perlukan sedikit masa,tidak terlalu lama dan terlalu sekejap.Sesuai dengan ajaran Islam sujud beberapa ketika sambil memuji Allah..

AllahuAkhbar.

Selendang Merah said...

sama2 mengingati ke arah kebaikkan..byk kelebihan yng kita dapat bila menuniakan solat..thank kak info yg sgt berguna ni ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...