ahlan wa sahlann

saya budak (budak la sgt..he3..) sdg belajar2, semestiny ada byk salah, jd tolong ler tunjukkan....

blogku buku catatanku.......

sudi2 ler nasihat, tegur n komen yerr...hehe




Saturday, April 14, 2012

KISAH BENAR : MLM MAJLIS SEORANG PENGANTIN…

Kisah nyata yg diceritakan oleh Syeikh Abdul Muhsin Al Ahmad ini terjadi di Abha, ibu kota Provinsi Asir Arab Saudi.

“Setelah melaksanakan solat Maghrib dia berhias, menggunakan gaun pengantin putih yang indah, mempersiapkan diri untuk majlis pernikahannya.

Lalu dia mendengar azan Isyak, dan dia sedar yg wudhuknya telah batal.

Dia berkata pada ibunya : “Bu, saya nak berwudhuk dan solat Isyak.”

Ibunya terkejut : “Apa kamu sudah gila? Tetamu dah menunggu untuk melihatmu, bagaimana dengan make-up mu? Habislah terbasuh dengan air.”

Lalu ibunya menambah : “Aku ibumu, dan ibu kata jangan solat sekarang! Demi Allah, jika kamu berwudhuk sekarang, ibu akan marah kepadamu”

Anaknya menjawab : “Demi Allah, saya tidak akan keluar dari sini sehingga saya solat. Ibu, ibu kena tahu “bahawa tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Pencipta”!!

Ibunya berkata : “ Apa yang tetamu-tetamu kita akan katakan nanti ketika kamu tampil dalam majlis tanpa make-up?? Kamu tidak akan nampak cantik dimata mereka! dan mereka akan mengolok-olok dirimu !

Anak nya berkata dengan tersenyum : “Apakah ibu takut kerana saya tidak akan nampak cantik di mata makhluk? Bagaimana dengan Penciptaku? Yang saya takuti adalah jika dengan sebab kehilangan solat, saya tidak akan nampak cantik dimata-Nya”.

Lalu dia berwudhuk, dan seluruh make-up nya telah terbasuh. Tapi dia tidak merasa bermasalah dengan itu.
Lalu dia pun mulakan solatnya. Dan pada saat dia bersujud, dia tidak menyedari bahawa itu akan menjadi sujud terakhirnya.

Pengantin wanita itu meninggal dengan cara yang indah, bersujud di hadapan Pencipta-Nya.


Ye, dia meninggal dalam keadaan bersujud… dan dia telah menjadikan Allah dan ketaatan kepada-Nya sebagai keutamaan.

--- SubhanAllah...---

mudah-mudahan kita mencontohi pengantin seperti ini, semoga Bermanfaat…sumber dr facebook…

Friday, April 6, 2012

PERKOSAAN VISUAL

Ketika kita di dlm toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa,

atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki.

Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah??? Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA INI (TEST KUKU JARI):

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !

Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Sumber dari facebook.

Thursday, April 5, 2012

Solat, kena berhenti atau tidak???

Soalan : Ibu yg sedang uzur atau sakit memanggil si anak yg sedang bersolat fardhu, adakah kena sahut panggilan ibu atau teruskan bersolat???

Jawapan : Baru-baru ni saya dengar dalam al-kuliyyah, anak tidak perlu menyahut tapi hendaklah mempercepat atau meringkaskan solatnya supaya cepat habis bagi menyahut panggilan ibu tadi…

atau sebaik-baiknya bersolatlah berhampiran ibu atau maklumkan pada ibu yg kita nak menunaikan solat agar si ibu tahu…

Wednesday, April 4, 2012

DI MANE2…TIDAK KIRA SUASANA…


ORANG-ORANG TUA TIDAK MENINGGALKANNYA!

KAUM WANITA TIDAK MENINGGALKANNYA!

ANAK KECIL TIDAK MENINGGALKANNYA !


DI ATAS JALANAN,MEREKA TETAP MENUNAIKANNYA!



DI SEBUAH NEGARA YANG KORUP,MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!


DI DALAM HUTAN@ DI PDG PASIR MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!


DI ATAS SEBUAH KEMUSNAHAN,MEREKA TIDAK JUGA MENINGGALKANNYA



DISEBALIK RUNTUHAN BEDILAN BOM,MEREKA MASIH TIDAK MENINGGALKANNYA.


DI DALAM HUJAN MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA.


SEKALIPUN DILAKUKAN DI ATAS TANGGA...


DI STESEN KERETAPI.....


DI ATAS KAPAL TERBANG....
DI ATAS BUMBUNG BAS......

DI TEPI PANTAI.....

DI ATAS BATU.....


DAN DI TENGAH LAUTAN....,MEREKA TETAP MENUNAIKANNYA!


SEBELUM MENJADI TAWANAN PERANG......

DAN SESUDAH MENJADI TAWANAN PERANG,MEREKA MASIH MENUNAIKANNYA!
ORANG KURANG UPAYA JUGA TIDAK MENINGGALKANNYA.


DAN AKAN TIBA SUATU MASA KELAK, KITA AKAN MENYAKSIKAN IA DITUNAIKAN KE ATAS KITA...INSYAALLAH, amin…

MUDAH-MUDAHAN KITA AKAN DISOLATKAN OLEH SEKELIAN ORANG-ORANG SOLEH…AMIN YA RABBAL`ALAMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...