ahlan wa sahlann

saya budak (budak la sgt..he3..) sdg belajar2, semestiny ada byk salah, jd tolong ler tunjukkan....

blogku buku catatanku.......

sudi2 ler nasihat, tegur n komen yerr...hehe




Saturday, March 24, 2012

DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 dan anak2:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.


Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

kesian suri rumah…iaitu isteri2 dan ibu2 kita…
Fikir2kan dan renung2kanlah.....
Sumber dr facebook…

4 comments:

ieja amieja said...

kesiannye Halimah, penat lelahnye mengurus r/tangga x dihargai oleh suaminye sendiri..

p/s..tq sudi melawat kesana..follow cni

:: hayati :: said...

suami dia xsengaja, mungkin sbb dia terlupe...hehe

Nora Karim said...

suka entri ni... moga para suami membuka mata kepada isteri2 yg TIDAK BEKERJA.. huhuhu...

MAZHA said...

assalam, entri yg menarik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...