Entry ini adalah sambungan dari sini…--> operation kecil ketika bersalin...
Kebaikan Episiotomy…
1· Menyebabkan proses bersalin lebih cepat dan mudah.
2. Guntingan episiotomy adalah lebih mudah untuk dibaiki atau dijahit
berbanding koyakan yg terjadi secara tidak sengaja.
Kemungkinan Komplikasi Episiotomy…
Episiotomy boleh menyebabkan kesakitan, perdarahan, pembengkakan,
lebam atau jangkitan. Hal ini juga boleh terjadi jika guntingan meluas ke
rektum atau luka episiotomy tidak dijahit semula bersama-sama dengan baik.
Hindari hubungan seksual selama beberapa minggu sampai episiotomy
benar-benar sembuh. Dalam beberapa kes, ada yg merasakan sesuatu yang menyakitkan
ketika hubungan seksual walaupun episiotomy telah sembuh sepenuhnya.
Episiotomy memerlukan waktu sekitar 4-6 minggu untuk sembuh bergantung
kepada --> ukuran guntingan, bahan yang digunakan untuk jahitan, gaya hidup dan
nutrisi yang diambil setelah melahirkan.
Namun untuk koyakan yg tidak sengaja biasanya lebih cepat sembuh
iaitu sekitar 1-2 minggu.
Jika anda melihat jahitan pada pembalut anda, sila periksa bekas
episiotomy dengan cermin untuk memastikan kulit masih tertutup dan kelihatan sembuh.
Kebanyakan ibu tidak merasa sakit ketika episiotomy dilakukan kerana kesan
bius. Namun, jangka waktu pemulihan adalah menyakitkan dan tidak selesa
bagi ibu dengan luka jahitan, terutama ketika duduk.
Tips berikut dapat membantu meringankan rasa sakit dan ketidakselesaan:
1· Terapi menggunakan ais pada jahitan selama 20 minit dan 10
minit dan beberapa kali sehari dapat mengurangkan rasa sakit serta
pembengkakan. Ais dapat digunakan selama 24 jam pertama. Jangan
menempelkan ais secara terus ke kulit. Pembengkakan kulit boleh menyebabkan
jahitan terasa tertarik sehingga terasa menyakitkan.
2· Bantal duduk yang berbentuk cincin boleh meningkatkan peredaran udara,
dan memberi keselesaan ketika duduk.
3· bekas jahitan hendaklah dibersihkan dengan air hangat dan jangan
disabun untuk menghindari iritasi.
4· Mandi air hangat atau duduk dalam bak air hangat selama 20
minit beberapa kali sehari dapat membantu mengurangi rasa sakit. Setelah
mandi, bekas jahitan hendaklah di keringkan.
5· Paparan jahitan dengan udara setidaknya dua kali sehari
selama 10 minit atau lebih, maknenya anda berbaring dengan lutut di lengkokkan
dan biarkan faraj anda terpapar secara langsung dengan udara*yg ni pandai2 la pike sendiri yer…
6· Ketika membuang air kecil, basuh dahulu perineum anda dengan
air hangat supaya terasa selesa.
7· Hindari sembelit supaya anda tidak meneran terlalu kuat kerana
ini akan memberi banyak tekanan pada jahitan. Minum banyak air dan makan
diet yg seimbang dengan banyakkan serat untuk mencegah sembelit. Berbincanglah
dengan doctor tentang penggunaan pelembut tinja agar tinja lebih mudah
dikeluarkan.
8· Menekan tisu toilet ke arah jahitan selama buang air besar
dapat membantu meringankan rasa sakit. Setelah membuang air besar, hendaklah
dibersihkan dari depan ke belakang.
9· Rapatkan punggung ketika duduk atau bangun dari posisi duduk
untuk membantu meringankan ketidakselesaan dari jahitan.
Setelah tiba di rumah, hubungi doctor jika anda memiliki tanda-tanda
infeksi seperti demam dan menggigil, kemerahan, nyeri atau bengkak di tempat
episiotomy, atau anda memiliki bau busuk atau pendarahan dari bekas episiotomy.
Perjalanan darah yang lancar menyebabkan episiotomy cepat sembuh dan
biasanya tanpa masalah.