sewaktu membace blog doctor
halina, terlihat perkataan EPISIOTOMY…nak tau punya pasal sy pun google…memang
menarik dan patut tahu…
jom kita pelajari…
Episiotomi
adalah prosedur pembedahan kecil di mana kulit dan otot yang mendasari kawasan
perineum antara faraj dan rectum digunting pada akhir peringkat ke 2 (crowning)
untuk membantu dalam proses melahirkan dengan memperbesarkan pembukaan kelahiran
dan membolehkan bayi melaluinya dengan lebih mudah.
Meskipun episiotomy
adalah sesuatu yg umum, ia sebenarnya bukan menjadi tindakan yg rutin di AS,
kira-kira 60% daripada semua kelahiran melalui faraj tidak memerlukan
episiotomy. Kita boleh mencuba untuk menghindari episiotomy dengan melakukan
urutan perineum serta mengetahui pada masa bila harus meneran dan pada masa bila
tidak.
Episiotomy
dimulai dengan anesthestic local/bius, samada blok saraf atau suntikan epidural.
Kemudian dua jari ditempatkan antara gunting dan kepala bayi untuk
perlindungan. Ini diikuti dengan pemotongan secara mediolateral (bersudut
sebelah faraj untuk mengelakkan otot sfinkter dubur/anus) atau pemotongan garis
tengah atau median (potongan lurus kurang dari satu inci ke arah dubur). Lihat pic
kt bawah…
Guntingan
tersebut akan memperbesarkan pembukaan faraj dan membantu dalam melahirkan bayi
anda. Jika anda memerlukan forsep atau vakum, maka panjang potongan akan
lebih panjang dari yang sepatutnya jika bayi anda lahir tanpa dibantu
instrumen. Setelah bayi lahir dan plasenta dikeluarkan, maka pembukaan faraj
akan diperiksa untuk setiap koyakkan yang perlu dibaiki.
Episiotomy yg
dilakukan akan dijahit menggunakan jahitan yang dapat diserap. Jahitan biasanya
mengambil masa kira-kira 10-20 minit dan dijahit segera sejurus melahirkan
untuk mencegah kehilangan darah dan mengurangkan kemungkinan jangkitan.
Potongan median
adalah lebih mudah dibuat dan dibaiki, tetapi jika koyakannya bertambah maka ia
tidak memberi apa-apa perlindungan kepada dubur. Potongan mediolateral
lebih sukar untuk dibaiki namun memberikan perlindungan terbaik terhadap kerosakan
pada sfinkter dubur.
Kenapa Anda
Memerlukan Episiotomy?
Sebuah
kelahiran normal melibatkan kontraksi otot yang kuat dan memerlukan dorongan
meneran dari ibu. Waktu dan kesabaran diperlukan dalam kelahiran normal.
Meneran
dengan tidak berpola seringkali menyebabkan adanya koyakan pada perineum. Episiotomy
boleh dilakukan untuk mencegah koyakan yang tak beraturan yang mungkin terjadi jika
bayi songsang atau jika anda memiliki bekas koyakan terdahulu atau jika anda
pernah menjalani operation memperbaiki luka perineum atau prolaps uterus.
Episiotomi juga
boleh dilakukan jika bayi tercekik karena kekurangan oksigen dan bayi perlu
lahirkan dengan cepat atau jika bayi anda besar atau kepala terlalu besar
atau jika bayi anda tertekan atau tertahan terlalu lama di dlm faraj atau jika
bahu bayi anda terjebak dalam faraj (Distosia bahu) atau jika ada keadaan
darurat dan tidak ada cukup ruang untuk melahirkan bayi anda dengan forsep atau untuk
mencegah peregangan berlebihan dari otot-otot yang dapat menyebabkan prolaps.
Salah satu
alasan utama untuk episiotomy adalah menghindari koyakan yang tak beraturan
kerana dirasakan bahawa dengan episiotomy maka lebih mudah untuk
memperbaikinya, lebih mudah sewaktu menjahitnya daripada koyakan yang terjadi
secara terkoyak.
No comments:
Post a Comment