ahlan wa sahlann

saya budak (budak la sgt..he3..) sdg belajar2, semestiny ada byk salah, jd tolong ler tunjukkan....

blogku buku catatanku.......

sudi2 ler nasihat, tegur n komen yerr...hehe




Saturday, April 14, 2012

KISAH BENAR : MLM MAJLIS SEORANG PENGANTIN…

Kisah nyata yg diceritakan oleh Syeikh Abdul Muhsin Al Ahmad ini terjadi di Abha, ibu kota Provinsi Asir Arab Saudi.

“Setelah melaksanakan solat Maghrib dia berhias, menggunakan gaun pengantin putih yang indah, mempersiapkan diri untuk majlis pernikahannya.

Lalu dia mendengar azan Isyak, dan dia sedar yg wudhuknya telah batal.

Dia berkata pada ibunya : “Bu, saya nak berwudhuk dan solat Isyak.”

Ibunya terkejut : “Apa kamu sudah gila? Tetamu dah menunggu untuk melihatmu, bagaimana dengan make-up mu? Habislah terbasuh dengan air.”

Lalu ibunya menambah : “Aku ibumu, dan ibu kata jangan solat sekarang! Demi Allah, jika kamu berwudhuk sekarang, ibu akan marah kepadamu”

Anaknya menjawab : “Demi Allah, saya tidak akan keluar dari sini sehingga saya solat. Ibu, ibu kena tahu “bahawa tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Pencipta”!!

Ibunya berkata : “ Apa yang tetamu-tetamu kita akan katakan nanti ketika kamu tampil dalam majlis tanpa make-up?? Kamu tidak akan nampak cantik dimata mereka! dan mereka akan mengolok-olok dirimu !

Anak nya berkata dengan tersenyum : “Apakah ibu takut kerana saya tidak akan nampak cantik di mata makhluk? Bagaimana dengan Penciptaku? Yang saya takuti adalah jika dengan sebab kehilangan solat, saya tidak akan nampak cantik dimata-Nya”.

Lalu dia berwudhuk, dan seluruh make-up nya telah terbasuh. Tapi dia tidak merasa bermasalah dengan itu.
Lalu dia pun mulakan solatnya. Dan pada saat dia bersujud, dia tidak menyedari bahawa itu akan menjadi sujud terakhirnya.

Pengantin wanita itu meninggal dengan cara yang indah, bersujud di hadapan Pencipta-Nya.


Ye, dia meninggal dalam keadaan bersujud… dan dia telah menjadikan Allah dan ketaatan kepada-Nya sebagai keutamaan.

--- SubhanAllah...---

mudah-mudahan kita mencontohi pengantin seperti ini, semoga Bermanfaat…sumber dr facebook…

4 comments:

mazru said...

Salam...

sebak bile menghayati akan keteguhan hati pengantin perempuan tu....
alangkah baiknye andai kite dpt begitu...

Unknown said...

baik sungguh pengantin tu..kuat imannya..moga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini..insyaALLAH

Zul De Alexis said...

bertapa kuatnya imannya...jadikan ini sebagai pemulaan untuk kita jugak berubah untuk jd lebih baek..amin

:: hayati :: said...

mudah2an kita menjadi pengantin yg patuh syariat Allah ketika menjadi pengantin dan di ketika2 yg lain juga...amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...