Kisah nyata yg diceritakan oleh Syeikh Abdul Muhsin Al Ahmad ini terjadi di Abha, ibu kota Provinsi Asir Arab Saudi.
“Setelah melaksanakan solat Maghrib dia berhias, menggunakan gaun pengantin putih yang indah, mempersiapkan diri untuk majlis pernikahannya.

Dia berkata pada ibunya : “Bu, saya nak berwudhuk dan solat Isyak.”
Ibunya terkejut : “Apa kamu sudah gila? Tetamu dah menunggu untuk melihatmu, bagaimana dengan make-up mu? Habislah terbasuh dengan air.”
Lalu ibunya menambah : “Aku ibumu, dan ibu kata jangan solat sekarang! Demi Allah, jika kamu berwudhuk sekarang, ibu akan marah kepadamu”
Anaknya menjawab : “Demi Allah, saya tidak akan keluar dari sini sehingga saya solat. Ibu, ibu kena tahu “bahawa tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Pencipta”!!
Ibunya berkata : “ Apa yang tetamu-tetamu kita akan katakan nanti ketika kamu tampil dalam majlis tanpa make-up?? Kamu tidak akan nampak cantik dimata mereka! dan mereka akan mengolok-olok dirimu !
Lalu dia berwudhuk, dan seluruh make-up nya telah terbasuh. Tapi dia tidak merasa bermasalah dengan itu.


Pengantin wanita itu meninggal dengan cara yang indah, bersujud di hadapan Pencipta-Nya.
Ye, dia meninggal dalam keadaan bersujud… dan dia telah menjadikan Allah dan ketaatan kepada-Nya sebagai keutamaan.
--- SubhanAllah...---
mudah-mudahan kita mencontohi pengantin seperti ini, semoga Bermanfaat…sumber dr facebook…