ahlan wa sahlann

saya budak (budak la sgt..he3..) sdg belajar2, semestiny ada byk salah, jd tolong ler tunjukkan....

blogku buku catatanku.......

sudi2 ler nasihat, tegur n komen yerr...hehe




Thursday, April 5, 2012

Solat, kena berhenti atau tidak???

Soalan : Ibu yg sedang uzur atau sakit memanggil si anak yg sedang bersolat fardhu, adakah kena sahut panggilan ibu atau teruskan bersolat???

Jawapan : Baru-baru ni saya dengar dalam al-kuliyyah, anak tidak perlu menyahut tapi hendaklah mempercepat atau meringkaskan solatnya supaya cepat habis bagi menyahut panggilan ibu tadi…

atau sebaik-baiknya bersolatlah berhampiran ibu atau maklumkan pada ibu yg kita nak menunaikan solat agar si ibu tahu…

Wednesday, April 4, 2012

DI MANE2…TIDAK KIRA SUASANA…


ORANG-ORANG TUA TIDAK MENINGGALKANNYA!

KAUM WANITA TIDAK MENINGGALKANNYA!

ANAK KECIL TIDAK MENINGGALKANNYA !


DI ATAS JALANAN,MEREKA TETAP MENUNAIKANNYA!



DI SEBUAH NEGARA YANG KORUP,MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!


DI DALAM HUTAN@ DI PDG PASIR MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA!


DI ATAS SEBUAH KEMUSNAHAN,MEREKA TIDAK JUGA MENINGGALKANNYA



DISEBALIK RUNTUHAN BEDILAN BOM,MEREKA MASIH TIDAK MENINGGALKANNYA.


DI DALAM HUJAN MEREKA TIDAK MENINGGALKANNYA.


SEKALIPUN DILAKUKAN DI ATAS TANGGA...


DI STESEN KERETAPI.....


DI ATAS KAPAL TERBANG....
DI ATAS BUMBUNG BAS......

DI TEPI PANTAI.....

DI ATAS BATU.....


DAN DI TENGAH LAUTAN....,MEREKA TETAP MENUNAIKANNYA!


SEBELUM MENJADI TAWANAN PERANG......

DAN SESUDAH MENJADI TAWANAN PERANG,MEREKA MASIH MENUNAIKANNYA!
ORANG KURANG UPAYA JUGA TIDAK MENINGGALKANNYA.


DAN AKAN TIBA SUATU MASA KELAK, KITA AKAN MENYAKSIKAN IA DITUNAIKAN KE ATAS KITA...INSYAALLAH, amin…

MUDAH-MUDAHAN KITA AKAN DISOLATKAN OLEH SEKELIAN ORANG-ORANG SOLEH…AMIN YA RABBAL`ALAMIN

Saturday, March 24, 2012

DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 dan anak2:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.


Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

kesian suri rumah…iaitu isteri2 dan ibu2 kita…
Fikir2kan dan renung2kanlah.....
Sumber dr facebook…

Tuesday, March 13, 2012

Sujudologi...

Dua bentuk sujud:

1-sujud fizikal --> ketika bersolat.

2-sujud spiritual --> ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya.

Antara hikmah sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:


1- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


2- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3- melegakan sakit hernia.

4- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- meringankan bahagian pelvis.

9- memberi dorongan supaya mudah tidur.

10- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13- mengurangkan kegemukan.

14- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

15- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sumbernya sila klik dan bole ler dianggap sbg sambungan dr n3 yang ni --> KhaSIaT TEngKOrAk LeTak kT LaNTai…huhu

Sekian wassalam…J

Wednesday, March 7, 2012

tata titi tutu…

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” *sumber dr facebook…

Btol ke x, Allahu`alam sy pn xtau…tp kalu xda angin xkn pokok bergoyang kn??? Maknenya btol la kot…

Pasni kalu lambai tgn kt budak2 kena tukar guna tata la kot…kalu indon guna daaa, kalu jepun guna sayonara, kalu melayu guna tata la kot sbb tata tu dr bahasa melayu kot…

tp btol ke tata tu dr bahasa melayu? Kalu bkn, ape pulak maksudnya???

Monday, February 27, 2012

Tontonlah payudara saya…

Wahai perempuan, mengapa kita begitu bangga mendedahkan payudara kita???

Mengapa sibuk sangat nak bgtau yg payudara kita tu kecik ke besar???

Mengapa kita sengaja pakai baju ketat-ketat sampai orang lain dapat teka saiz payudara kita???

Tak malu ke kita???

Mungkin kita terlupa hadith nabi Muhammad s.a.w. ni,

MAHKOTA WANITA ADALAH SIFAT MALU…

Kadang-kadang kita bertudung tapi tetap jugak nak menayangkan payudara kita tu…


Kalau payudara kecik, maka sibuklah kita mencari bra berspan supaya payudara nampak besar…biar nanti bila pakai baju nampak cantik…kalau leper jer nampak tak menarik pulak, tak lawa…

Kita pakai baju untuk nampak menarik??? Kalau ye, kita nak menarik sape???

Tak tefikirkah kita sape yg akan tertarik??? Sudah pasti lelaki hidung penyek belang…

Last2 hasil drpd itu, mrk xdpt kita maka org-org yg lemah menjadi mangsa…

Na`uzubillah…

Pakaian wanita solehah adalah tidak berwarna, tidak menarik, labuh dan luas, kata ustaz zahazan Mohamed…

Hargailah diri kita sbg seorang wanita, mudah2an kita dihargai sbg seorang yg berharga…Allahu`alam

Monday, February 13, 2012

minyak pengasih...

Zuhudlah kamu dengan dunia Allah akan cinta kepada kamu. Zuhudlah kamu dari meminta-minta kepada manusia maka manusia akan sayang kepada kamu.

Zuhud adalah mengambil dunia mengikut keperluan.

(dismpikn oleh ustaz zahazan Mohamed,kuliyyah tafsir al-quran ikim.fm,21/6/2011,19rejab 1432)

Friday, February 10, 2012

Sia-sia amalan baik

Sedang si fulan/fulanah berseorangan melayari internet di dalam bilik, tiba-tiba terdetik dalam hatinya,

*nak tengok picture *#%$*^ lah…*

Maka dia pun menaip dan melihat picture *#%$*^ itu…

Tadi saya dengar ustazah cakap nabi menyebut dalam sebuah hadith, bila seseorang yang sedang bersendirian lalu dia terfikir untuk melakukan dosa dan terus melakukan dosa itu maka semua amalan baiknya menjadi sia-sia…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...