ahlan wa sahlann

saya budak (budak la sgt..he3..) sdg belajar2, semestiny ada byk salah, jd tolong ler tunjukkan....

blogku buku catatanku.......

sudi2 ler nasihat, tegur n komen yerr...hehe




Thursday, September 13, 2012

operation kecil ketika bersalin...part 2

Entry ini adalah sambungan dari sini…--> operation kecil ketika bersalin...

Kebaikan Episiotomy…

1· Menyebabkan proses bersalin lebih cepat dan mudah.
2. Guntingan episiotomy adalah lebih mudah untuk dibaiki atau dijahit berbanding koyakan yg terjadi secara tidak sengaja.

Kemungkinan Komplikasi Episiotomy…

Episiotomy boleh menyebabkan kesakitan, perdarahan, pembengkakan, lebam atau jangkitan. Hal ini juga boleh terjadi jika guntingan meluas ke rektum atau luka episiotomy tidak dijahit semula bersama-sama dengan baik.

Hindari hubungan seksual selama beberapa minggu sampai episiotomy benar-benar sembuh. Dalam beberapa kes, ada yg merasakan sesuatu yang menyakitkan ketika hubungan seksual walaupun episiotomy telah sembuh sepenuhnya.

Episiotomy memerlukan waktu sekitar 4-6 minggu untuk sembuh bergantung kepada --> ukuran guntingan, bahan yang digunakan untuk jahitan, gaya hidup dan nutrisi yang diambil setelah melahirkan.

Namun untuk koyakan yg tidak sengaja biasanya lebih cepat sembuh iaitu sekitar 1-2 minggu.

Jika anda melihat jahitan pada pembalut anda, sila periksa bekas episiotomy dengan cermin untuk memastikan kulit masih tertutup dan kelihatan sembuh.

Kebanyakan ibu tidak merasa sakit ketika episiotomy dilakukan kerana kesan bius. Namun, jangka waktu pemulihan adalah menyakitkan dan tidak selesa bagi ibu dengan luka jahitan, terutama ketika duduk. 



Tips berikut dapat membantu meringankan rasa sakit dan ketidakselesaan:

1· Terapi menggunakan ais pada jahitan selama 20 minit dan 10 minit dan beberapa kali sehari dapat mengurangkan rasa sakit serta pembengkakan. Ais dapat digunakan selama 24 jam pertama. Jangan menempelkan ais secara terus ke kulit. Pembengkakan kulit boleh menyebabkan jahitan terasa tertarik sehingga terasa menyakitkan.

2· Bantal duduk yang berbentuk cincin boleh meningkatkan peredaran udara, dan memberi keselesaan ketika duduk.


3· bekas jahitan hendaklah dibersihkan dengan air hangat dan jangan disabun untuk menghindari iritasi.

4· Mandi air hangat atau duduk dalam bak air hangat selama 20 minit beberapa kali sehari dapat membantu mengurangi rasa sakit. Setelah mandi, bekas jahitan hendaklah di keringkan.

5· Paparan jahitan dengan udara setidaknya dua kali sehari selama 10 minit atau lebih, maknenya anda berbaring dengan lutut di lengkokkan dan biarkan faraj anda terpapar secara langsung dengan udara*yg ni pandai2 la pike sendiri yer…

6· Ketika membuang air kecil, basuh dahulu perineum anda dengan air hangat supaya terasa selesa.

7· Hindari sembelit supaya anda tidak meneran terlalu kuat kerana ini akan memberi banyak tekanan pada jahitan. Minum banyak air dan makan diet yg seimbang dengan banyakkan serat untuk mencegah sembelit. Berbincanglah dengan doctor tentang penggunaan pelembut tinja agar tinja lebih mudah dikeluarkan.

8· Menekan tisu toilet ke arah jahitan selama buang air besar dapat membantu meringankan rasa sakit. Setelah membuang air besar, hendaklah dibersihkan dari depan ke belakang. 

9· Rapatkan punggung ketika duduk atau bangun dari posisi duduk untuk membantu meringankan ketidakselesaan dari jahitan.

Setelah tiba di rumah, hubungi doctor jika anda memiliki tanda-tanda infeksi seperti demam dan menggigil, kemerahan, nyeri atau bengkak di tempat episiotomy, atau anda memiliki bau busuk atau pendarahan dari bekas episiotomy.

Perjalanan darah yang lancar menyebabkan episiotomy cepat sembuh dan biasanya tanpa masalah. 

3 comments:

aliza said...

alahai.. akak x rasa sebab 3 kali ikut tingkap jer... rugi? ke akak.. pengalaman maha hebat perempuan time sakit melahirkan. ..

:: hayati :: said...

untung kot kak xda kena episiotomy...huhu

Ibu Hamil said...

Ribet juga ya dunia kebidanan. untung ane gak jadi masuk. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...